"Assamulaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Salam Anak Kandung Suluh Budiman.." kalau siapa selalu dengar atau terbaca kata alu aluan seperti ini, sudah tentu korang apa ertinya.. yaa.. aku merupakan anak kandung suluh budiman yang baru sahaja dilahirkan .. aku merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai UPSI mengambil course AT59 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dibawah fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Cikgu PJ?? aaminn.. in shaa Allah.. masih panjang perjalan aku dekat upsi ini.
Tujuan aku buat blog ini adalah ingin berkongsi apa itu acara larian pecut yang terbahagi kepada 3 acara iaitu 100 meter, 200 meter dan 400 meter. Aku merupakan bekas atlit olahraga ketika zaman kegemilangan aku dahulu.
Siapa tidak kenal pelari dari negara jamaica yang merupakan manusia terpantas di dunia "Usain Bolt". Pemegang rekod dunia bagi acara pecut 100 dan 200 meter dan pemenang pingat emas olimpik adalam acara yang sama tiga kali berturut termasuk yang terbaru di rio, brazil. Apa itu olahraga?? Sukan olahraga merupakan aktiviti yang bukan hanya menekan aspek fizikal malah mental serta teknik dan latihan yang berterusan bagi mencapai tahap maksimum seseorang atlet ketika berlari. Di malaysia kemahiran sains sukan masih baru dan tidak maju seperti di negara negara-negara lain khususnya negara eropah dan africa. Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sains Sukan, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka

0 comments:
Post a Comment