Blog

Joe's Food Blog
TEKNIK MULA LARIAN

1. Gaya Berdiri


Teknik permulaan larian tanpa menggunakan blok permulaan. Hal ini sering berlaku ketika di sekolah yang di mana pihak sekolah tidak mempunyai blok permulaan yang mencukupi untu kegunaan pelajar. Namun begitu, tidak menjadi sebab mengapa acara olahraga tidak dijalankan di sekolah kerana tanpa blog permulaan, gaya berdiri ketika permulaan boleh digunakan. 



2. Gaya Dekam

Gaya teknik dekam digunakan ketika adanya blok permulaan ketika acara larian. Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid mengenai penggunaannya. 


SPRINT DRILLS

  • ´School Skipping
  • ´High skipping
  • ´Long Skipping
  • ´Flat foot Marching
  • ´High Knee
  • ´Bounding
  • ´Foot Shuffles
  • ´Butt Kicks
  • ´Carioca
  • ´Skip Kicks
PRINSIP-PRINSIP ASAS ACARA LARIAN PECUT 

  • Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki ( berjengkit )
  • Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
  • Kedudukan hayunan tangan bersudut 90 darjah  dan tangan digerakkkan dengan pantas. Tangan yang pantas memberikan kesan terhadap pergerakan kaki
  • Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan )
PERALATAN DALAM SUKAN OLAHRAGA

1.   Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut , tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan.



2.   Blok Permulaan
Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan rnenggunakan blok permulaan ini, tetapi begi kebanyakan pelari blok, Ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.
3. Pakaian Sukan
Setiap atlet perlulah menggunakan pakaian yang sesuai setiap kali bertandingan. Mejoriti atlet di malaysia mahupun luar negara menggunakan pakaian yang simple dan ketat sepeti singlet yang terdapat nombor peserta dan berseluar pendek. Hal ini dapat memaksimumkan kelajuan atlet kerana kurangnya geseran angin ketika membuat larian. Baju jugak hendaklah dimasukkan ke dalam seluar agar melicinkan larian atlet ketika menghayunkan tangan. Atlet yang beragama islam diingatkan supaya menutup aurat, dalam masa kita mengejar dunia, jangan pula kita terlupa akhirat. Yang penting dalam pemakaian atlet adalah keselesaan atlet itu sendiri ketika memakainya.
PERMATA NEGARA



Kita mempunyai pelari yang berbakat dan masih muda seperti khairul hafiz jantan yang merupakan pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter iaitu 10.18 saat yang selama ini disandar oleh legenda olahraga kebangsaan iaitu Watson Nyambek. Nama Khairul Hafiz Jantan acap kali bermain di bibir para peminat yang selama ini tahu bahawa kita telah dahagakan kejayaan di peringkat tertinggi. Namun bergitu, beliau tidak boleh mudah berpuas hati dengan pencapaian yang kita telah beliau miliki. Secara kasarnya negara kita mempunyai atlek yang mempunyai potensi untuk diketengah ke peringkat yang lebih tinggi namun bergitu kurangnya pendedahan terhadap mereka seperti kemudahan sains sukan, teknik latihan yang berintentisi tinggi dan menyertai pertandingan yang membolehkan mereka bersaingan dengan atlet negara lain. Pada peringkat awal ini, menang atau kalah bukanlah menjadi ukuran. Kita tidak boleh terlalu mengharapkan kejayaan akan datang tanpa pengorbanan. Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Sekiranya pendedahan awal tidak diberikan kepada atlet, dalam tidak sedar kita sebenarnya umpama membubuh krier atlet itu sendiri. Semalam merupakan sejarah, hari ini adalah kenyataandan esok penuh dengan harapan. Harapan di mana lagu negaraku berkumandang di kejohanan olahraga peringat tertinggi seperti kejohanan dunia dan olimpik. Atlit negara bukan perlu dimanjakan dengan penghargaan berbetuk intan permata tetapi dengan sokongan moral dan tahap latihan yang boleh meningkatkan mutu larian beliau pada masa akan datang.
"Assamulaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Salam Anak Kandung Suluh Budiman.." kalau siapa selalu dengar atau terbaca kata alu aluan seperti ini, sudah tentu korang apa ertinya.. yaa.. aku merupakan anak kandung suluh budiman yang baru sahaja dilahirkan .. aku merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai UPSI mengambil course AT59 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dibawah fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Cikgu PJ?? aaminn.. in shaa Allah.. masih panjang perjalan aku dekat upsi ini.
Tujuan aku buat blog ini adalah ingin berkongsi apa itu acara larian pecut yang terbahagi kepada 3 acara iaitu 100 meter, 200 meter dan 400 meter. Aku merupakan bekas atlit olahraga ketika zaman kegemilangan aku dahulu.

PENGENALAN

Siapa tidak kenal pelari dari  negara jamaica yang merupakan manusia terpantas di dunia "Usain Bolt". Pemegang rekod dunia bagi acara pecut 100 dan 200 meter dan pemenang pingat emas olimpik adalam acara yang sama tiga kali berturut termasuk yang terbaru di rio, brazil. Apa itu olahraga?? Sukan olahraga merupakan aktiviti yang bukan hanya menekan aspek fizikal malah mental serta teknik dan latihan yang berterusan bagi mencapai tahap maksimum seseorang atlet ketika berlari. Di malaysia kemahiran sains sukan masih baru dan tidak maju seperti di negara negara-negara lain khususnya negara eropah dan africa. Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sains Sukan, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka