PERALATAN DALAM SUKAN OLAHRAGA

1.   Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut , tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan.



2.   Blok Permulaan
Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan rnenggunakan blok permulaan ini, tetapi begi kebanyakan pelari blok, Ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.
3. Pakaian Sukan
Setiap atlet perlulah menggunakan pakaian yang sesuai setiap kali bertandingan. Mejoriti atlet di malaysia mahupun luar negara menggunakan pakaian yang simple dan ketat sepeti singlet yang terdapat nombor peserta dan berseluar pendek. Hal ini dapat memaksimumkan kelajuan atlet kerana kurangnya geseran angin ketika membuat larian. Baju jugak hendaklah dimasukkan ke dalam seluar agar melicinkan larian atlet ketika menghayunkan tangan. Atlet yang beragama islam diingatkan supaya menutup aurat, dalam masa kita mengejar dunia, jangan pula kita terlupa akhirat. Yang penting dalam pemakaian atlet adalah keselesaan atlet itu sendiri ketika memakainya.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home